- Pastinya isu SBPA masih terus menghantui penjawat awam, dan pastinya pihak yang berkepentingan selama pengumuman penangguhan sehinggalah pengumuman yang dibuat oleh YAB pada 8 Mac 2012 bertungkus lumus untuk memberikan pilihan atau keputusan terbaik untuk semua penjawat awam.
- Pagi ini, pastinya habis semua alat komunikasi sosial media seperti BBM, wall Facebook, aplikasi whatsapp tidak putus-putus dengan perbualan mengenai SBPA. Dan pastinya juga hampir 2 per tiga dari hadirin yang hadir di Dewan Plenari, PICC memiliki telefon pintar atau komputer tablet terus mengemaskini dan memberi maklumat terkini mengenai apa yang diumumkan oleh SBPA.
- Maka hasil apa yang tengah rancak diperbualkan, berikut antara initipati perubahan SBPA:
- SBPA diBATALkan, skim SSM kembali berkuatkuasa dengan penambahbaikan.
- Gaji kumpulan P&P dan Pelaksana naik 13%.
- Gaji JUSA naik 9%.
- Gaji Turus dan KSN naik 7%.
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KKGT) dinaikkan antara RM80 ke RM320.
- Kadar bantuan sara hidup kawasan B dinaikkan ke RM250 (dari RM200).
- Kadar bantuan sara hidup kawasan C dinaikkan ke RM200 (dari RM150).
- Kesemua perubahan berkuatkuasa 1 Januari 2012.
- Penubuhan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia.
- Hurm...banyak kesan kepada penjawat awam dalam isu ini, termasukkan rakyat lain secara amnya. Nantikan analisis seterusnya...
Thursday, 8 March 2012
SBPA lagi...pengumuman oleh YAB PM
Labels:
COLA,
gaji naik,
SBPA,
SBPA batal,
SSM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment