- Ini entri sambungan dari Hurm...Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditulis siang tadi. Entri berkenaan ada mencirikan secara kasar intipati dalam SBPA dan perbezaannya dengan Sistem Saraan Malaysia yang akan luput pada 30 Disember 2011 (namun masih relevan bagi yang tidak memilih opsyen SBPA).
- Saya langsung tidak menyentuh soal kenaikan gaji dalam entri berkenaan, kerana beranggapan maklumat yang saya bakal terima adalah lebih terperinci dari yang kita ketahui secara terhad selama ini. Rupa-rupanya apa yang dimaklumkan tidak lebih sekadar preview atau pratonton dan bukan tayangan sepenuhnya. Jika dalam industri filem, ia sekadar trailer yang mengusik jiwa agar ternanti-nanti untuk menonton filem tersebut. Namun, kadang-kadang trailer berkenaan amat mengagumkan, namun apabila ditonton kemudian, adakalanya filem tersebut mengecewakan secara keseluruhannya. Tapi, bagi SBPA ini, harapannya apa yang kita dengar seindah khabar.
- Susulan entri terdahulu, secara keseluruhannya berbanding SSM yang menyenaraikan 279 skim perkhidmatan, SBPA akan hanya mempunyai... 234. 76 skim perkhidmatan dalam SBPA memerlukan ijazah sebagai syarat kemasukan, berbanding 82 skim perkhidmatan SSM. Ini disebabkan ada beberapa skim perkhidmatan yang digabungkan bagi meningkat kemahiran kakitangan awam. Contohnya skim Pegawai Khidmat Pelanggan kini akan dikategorikan dalam Gred PT/PO. Multitasking dan multi-skill kan? Sesetengah skim juga ada yang dijumudkan kerana tugas yang sudah tidak relevan.
- Saya juga ingin maklumkan pihak JPA juga ada menyediakan kemudahan memilih opsyen SBPA ini secara atas talian. Namun ini akan melibatkan kerjasama dengan Pegawai Bertanggungjawab HRMIS di agensi masing-masing dan pemilik kompetensi iaitu para kakitangan awam. Aliran proses adalah seperti berikut:
- Berkenaan gaji terbaru SBPA, berdasarkan maklumat yang diterima, kaedah pengiraan adalah seperti berikut:
- Andaikan gaji anda sekarang di P1T4 SSM.
- Gerakkan gaji anda ke P1T5 SSM.
- Apabila Pekeliling SBPA berada di tangan anda, cari helaian gaji gred anda (rujuk artikel SBPA terdahulu bagi mengetahui pertukaran kod gred bagi jawatan anda).
- Kemudian, cari tangga gaji di Jadual Gaji Sebaris SBPA anda, seterusnya dapatkan nilai tertinggi yang paling hampir dengan P1T5 SSM tadi.
- Itulah kadar gaji terbaru SBPA anda!
- Berikut pula adalah Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred:
SSMSBPAGREDGREDKGT 1KGT 2BIL. T541-632015521-529016481-427017451-325526020441-225018411-122520402-6/3-522513382-51951536/382-4/3-418015342-3/3-316515322-2/3-215515292-114515020273-114515020264-512515244-412015224-311515194-210010520174-19510020165-39515145-29015115-1808520 - Apapun, semua ini bergantung kepada Pekeliling SBPA yang bakal dikeluarkan. Moga segala persoalan akan terurai.
Tuesday, 6 December 2011
SBPA Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment